Syarikat Takaful Malaysia Keluarga Berhad – Satu-satunya Saham Dalam Industri Insurans Yang Patuh Syariah

Syarikat Takaful Malaysia Keluarga Berhad – Satu-satunya Saham Dalam Industri Insurans Yang Patuh Syariah
1. Dalam dunia pelaburan saham khususnya dalam industri kewangan Malaysia, hanya ada dua saham yang patuh Syariah: Syarikat Takaful Malaysia Keluarga Berhad dan BIMB Holdings (Bank Islam).
2. Dan buat masa ni, hanya 15% rakyat Malaysia yang mempunyai perlindungan Takaful.
3. Info kewangan Takaful Malaysia
+ Market Capital (RM) : 3.7m
+ Jumlah Pendapatan Mengikut Penggal (Quarter)
(1) 31/03/2018: RM 746.2m
(2) 30/06/2018: RM 542.4m
(3) 30/09/2018: RM 649m
(3) 31/12/2018: RM 701.5m
+ Jumlah Keuntungan Mengikut Penggal (Quarter)
(1) 31/03/2018: RM 70m
(2) 30/06/2018: RM 50.4m
(3) 30/09/2018: RM 84m
(3) 31/12/2018: RM 90.6m
4. Jom tengok kenaikan harga saham $Takaful
Jan 2018 – RM3.55
Ogos 2018 – RM3.78
Nov 2018 – RM3.74
Feb 2019 – RM4.43
Dalam masa setahun, harga saham naik hampir 20%.
3 bulan naik 18%!!!
5. Harga saham $Takaful setakat 11 Februari 2019 – RM4.43
Bila beli saham Takaful Malaysia pada 9 November 2018 yang lalu, agak-agak berapa pulangan anda dapat?
Untung (ROI) = Harga akhir (harga jual) – harga awal (harga beli)
RM4.43 – RM3.74 = RM0.69
Peratus untung = Untung/harga awal x 100
RM0.69/RM3.74 x 100 = 18.45%
18.45% dalam masa 3 bulan…Banyak ke banyak?
Alhamdulillah.
Mari kita tengok beberapa fakta tentang Syarikat Takaful Malaysia Keluarga Berhad.
Prestasi Kewangan Syarikat

Prestasi Harga Saham Syarikat

Top 10 Pemegang Saham Syarikat





Sepertimana kita tahu, perlindungan Takaful adalah sangat penting dalam perancangan kewangan sesebuah keluarga dan individu. Ianya merupakan perkara asas yang perlu ada dalam kehidupan seseorang.
Tapi malangnya, hanya 15% rakyat Malaysia yang mempunyai perlindungan Takaful.
Jika diambil daripada sudut positifnya, potensi industri takaful tersangatlah besar. Bila kesedaran orang ramai mengenai Takaful meningkat, langganan Takaful meningkat, pendapatan syarikat meningkat, keuntungan syarikat pun pastinya meningkat.
(Disclaimer : Posting ini adalah sekadar contoh dan kami tidak memberitahu anda saham mana patut beli atau tidak. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur saham adalah keputusan anda)