Sebaik Baik Manusia Adalah Yang Paling Bermanfaat Bagi Orang Lain

Nak Beli Saham Apa?

Nak Beli Saham Apa?

NAK BELI SAHAM APA?..

Amin sekarang dalam dilema. Beliau ada sejumlah RM10,000 untuk dilaburkan dalam pasaran saham. Rasa-rasanya, patutkah Amin melabur semua duit tersebut dalam industri yang sama, atau dalam industri yang berbeza-beza?

Kejap, sebelum tu jom kita fahamkan dulu apa yang dimaksudkan dengan industri ni.

Kita semua tahu bahawa di Bursa Malaysia, ada 689 saham patuh Syariah yang ada. Dan dalam banyak-banyak saham tersebut, mereka tergolong dalam industri yang berbeza-beza.

Kita ada industi makanan & minuman (F&B) lah, ada industri minyak & gas (oil & gas) lah, industri pembinaan lah, industri telekomunikasi lah, industri ayam dan telur ayam lah, industri besi dan bermacam-macam lagi.

Persoalannya sekarang, nak melabur dalam industri yang sama atau industri berbeza?

1. Beli Saham Dalam Industri Sama
Kita ambil contoh mudah, industri makanan. Siapa yang tak kenal dengan syarikat Nestle, Dutch Lady dan Hup Seng?

Ketiga-tiga mereka merupakan nama besar dalam industri F&B di Malaysia, Nestle dengan Milo, Dutch Lady dengan susu tepung untuk kanak-kanak, Hup Seng dengan biskut Cream Crackers.

Maka Amin mengambil keputusan untuk beli saham Dutch Lady dan Hup Seng– semuanya dalam industri yang sama.

Dengan modal RM10,000 tadi, beliau pun telah beli saham-saham tersebut pada awal tahun yang lalu:

Beli 2 Januari 2019
Dutch Lady: Harga Seunit RM62.0, 1 lot bersamaan RM6,200
Hup Seng: Harga Seunit RM0.95, 40 lot bersamaan RM3,800
Jumlah Pelaburan: RM10,000

Harga Semasa 2 Mei 2019
Dutch Lady: Harga Seunit RM64.10, Naik RM2.10 Seunit atau Naik 3.39%, bersamaan RM210
Ajinomoto: Harga Seunit RM1.00, Naik RM0.05 Seunit atau Naik 5.26%, bersamaan RM200

Nilai Pelaburan Selepas 4 Bulan: RM10,410. Untung RM410 atau 4.1%

Menarik bukan? Seolah-olah saham dalam industri yang sama naik seiringan. Satu naik, semua yang lain pakat naik bersama-sama.

Tapi AWAS, jika satu turun, potensi untuk saham dalam industri yang sama turun pun ada.

Risiko melabur dalam industri yang sama ni, bila semua saham dalam industri yang sama turun bersama-sama. Maka kerugian besar terpaksa ditanggung oleh Amin.

2. Beli Saham Dalam Industri Berbeza
Sekarang Amin mengambil pendekatan yang berbeza pula. Beliau memilih untuk beli saham dalam industri yang berbeza-beza.

Dengan modal sama sebanyak RM10,000, saham pilihan Amin adalah:

Beli 2 Januari 2019
Dayang (industri oil & gas): Harga Seunit RM0.515 Seunit, 100 lot bersamaan RM5,150
Top Glove (industri sarung tangan getah): Harga Seunit RM5.58 Seunit, 8 lot bersamaan RM4,464
Jumlah Pelaburan: RM9,614

Harga Semasa 2 Mei 2019
Dayang: Harga Seunit RM1.48, Naik RM0.965 atau Naik 187.38%, bersamaan RM9,650
Top Glove: Harga Seunit RM4.87, Turun RM0.71 Seunit atau Turun 12.72%, bersamaan RM568

Nilai Pelaburan Selepas 4 Bulan: RM18,696. Untung RM9,082 atau 94.5%

Setiap industri ada fasa tersendiri. Ada yang sedang menaik, ada yang sedang menurun, ada yang sedang mendatar. Sama juga macam saham.

Dengan memilih saham daripada industri yang berbeza, kita dapat juga melindungi diri dan modal sekiranya terdapat kejutan atau sebarang catalyst yang memberi kesan negatif terhadap industri.

Sebagai contoh, jika kita labur semua saham dalam industri oil & gas, jika ditakdirkan harga minyak dunia merudum, saham-saham oil & gas juga akan merudum.

Contoh lagi, jika kita labur semua saham dalam industri ayam, jika ditakdirkan ada wabak selsema burung yang melanda, maka seluruh saham dalam industri ayam akan menerima tamparan yang hebat.

Tetapi semuanya terpulang kepada anda untuk pilih yang mana sesuai dengan anda. Lagipun itu kan duit Amin, bukan duit saya atau duit kita semua.

(Disclaimer : Posting ini adalah sekadar contoh dan kami tidak memberitahu anda saham mana patut beli atau tidak. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur saham adalah keputusan anda)

Nak belajar kembangkan duit anda melalui pelaburan saham yang sah & patuh syariah?

Ribuan Telah Hadir Belajar!

85000 +
Peserta telah hadir belajar sejak tahun 2011

Program Eksklusif Yang Diiktiraf Oleh

Kota Bharu

Sabtu, 6 Julai
Klik di sini

Seminar Labur Saham Kota Bharu

Dewan Blue Pacific, Level 1, Emaslink Pacific Hotel - Sabtu, 6 Julai - Masa : 8.30 pagi - 1.30 petang
Klik di sini

Kuala Terengganu

Sabtu, 13 Julai
Klik di sini

Seminar Labur Saham Kuala Terengganu

Puteri Ballroom, Grand Puteri Hotel - Sabtu, 13 Julai - Masa : 8.30 pagi - 1.30 petang
Klik di sini

Kuantan

Ahad, 14 Julai
Klik di sini

Seminar Labur Saham Kuantan

Dewan Kuantan, Level 3, Hotel Grand Continental, Kuantan - Ahad, 14 Julai - Masa : 8.30 pagi - 1.30 petang
Klik di sini

Nak Seminar di Lokasi & Masa Yang Lain?

Pra-Daftar Sekarang

WhatsApp WhatsApp Kami