7 Kelebihan Melabur Saham
Pelaburan di pasaran saham mempunyai kelebihannya yang tersendiri. Terdapat 7 kelebihan yang dapat dinikmati oleh para individu yang berminat untuk menceburkan diri dalam pelaburan saham ini iaitu 1. Mudah Dicairkan Pelabur saham boleh menjual sebahagian atau kesemua saham mereka pada bila-bila masa. 2.Tidak Remeh, Tidak Cerewet. Patuh Syariah & Selamat Urusniaga jual beli saham adalah mudah kerana boleh dibuat melalui smartphone menggunakan platform yang disediakan oleh Broker. Tidak perlu lagi telefon remisier macam dulu-dulu. Saham ini haram? Sehingga Jun 2016, terdapat 669 syarikat patuh syariah yang tersenarai di Bursa Malaysia. Urusniaga jual beli saham juga adalah aktiviti yang dikawal selia oleh Suruhanjaya …
Modal Membeli Saham Pertama
Bolehkah saya bermula membeli saham dengan modal di bawah RM1,000? Jawapan: Sudah tentu boleh kerana syarat wajib ketika membeli saham sesuatu syarikat, MINIMA yang perlu dibeli hanyalah 1 lot, bersamaan dengan 100 unit. Sebagai contoh jika harga sesaham tersebut bernilai RM0.80, maka 100 unit bersamaan dengan RM80. Penting : Walau berapa sedikit atau banyak modal yang anda ada, paling penting modal tersebut adalah modal yang anda sanggup rugi 100%. 1) Jika modal anda di bawah RM1,000 maka anda mampu untuk membeli 1000 unit saham tersebut. RM0.80 x 1000 unit = RM800 Tetapi, bukankah ada kos-kos lain? Jawapan : Ya betul, …
AWAS : Usah Tertipu dengan Pelaburan Haram & Skim Cepat Kaya
Bank Negara Malaysia (BNM) sentiasa memberitahu orang ramai mengenai senarai syarikat dan laman sesawang yang tidak diberi kebenaran atau kelulusan di bawah undang-undang dan peraturan berkaitan yang ditadbir oleh BNM. Mereka akan sentiasa mengemaskini senarai skim-skim pelaburan yang tidak berlesen ini di sini. Orang ramai juga dinasihati untuk merujuk kepada tindakan penguatkuasaan yang dikeluarkan oleh Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) yang boleh didapati di pautan ini. Selalunya penganjur skim-skim pelaburan yang tidak berlesen ini akan menjanjikan keuntungan tetap secara bulanan, malah ada yang menjanjikan pulangan setiap hari! Menarik bukan? Kebiasannya mereka akan menepati janji tersebut untuk suatu tempoh masa untuk meyakinkan anda membuat pelaburan yang …