Sebaik Baik Manusia Adalah Yang Paling Bermanfaat Bagi Orang Lain

Bagaimana Membuka Akaun Saham (CDS)?

Bagaimana Membuka Akaun Saham (CDS)?
Di sini kami kongsikan bagaimana anda boleh membuka akaun saham (CDS) dan membuat tindakan membeli & menjual saham di Bursa Malaysia.

Akaun ini diperlukan bagi segala urusan transaksi jual beli saham. Ya, anda boleh membuka banyak akaun CDS dari broker-broker yang berlainan (sama seperti membuka banyak akaun bank simpanan).

Cari Bank Pelaburan atau biasanya orang panggil Broker yang berdekatan. Senarai terkini boleh diperolehi di laman web Bursa Malaysia. Contohnya RHB Investment Bank, CIMB Investment Bank, Maybank Investment Bank, Malacca Securities Sdn Bhd. Senang saja nak kenal, petunjuknya ialah mesti ada perkataan ‘investment bank’ atau ‘securities’ pada nama syarikat. Bagi pelabur baru dengan dana yang terhad, setiap sen diambil kira, oleh itu ia mungkin lebih baik untuk anda mempertimbangkan bank pelaburan / syarikat broker dengan yuran brokerage yang rendah.
02.
Isi Borang
Isi borang Trading & CDS yang disediakan oleh Bank Pelaburan / Syarikat Broker dan bawa bersama 7 salinan Kad Pengenalan, 3 bulan penyata bank yang terkini dan RM10 sebagai kos pemprosesan. Ada juga Broker yang menawarkan pembukaan akaun secara PERCUMA. Proses pengaktifan akaun biasanya mengambil masa selama 3-7 hari bekerja.
03.
Anda akan diperkenalkan dengan Remiser/Dealer
Remiser atau dealer adalah individu yang bertanggungjawab mewakili pihak Broker yang akan membantu anda.
04.
Terima Emel
Apabila akaun CDS tersedia, pihak Bank Pelaburan / Syarikat Broker akan emel username dan password 'trading account'. Kini jual-beli saham sudah boleh dibuat. Jangan lupa masukkan duit modal ke dalam trading account tadi.
Berapa modal untuk mula melabur?
Sebenarnya suka hati kita mengikut "Idle fund" yang kita ada untuk memulakan pelaburan.

Contoh : Jika harga saham itu RM3, minimum yang perlu dibeli adalah 100 unit, jadi dengan RM300 (tidak termasuk kos-kos lain) sudah boleh untuk mula melabur.

WhatsApp WhatsApp Kami