Dilema Dapat RM40 Ribu, Nak Pergi Travel Atau Tak?

Tiara baru-baru ini dapat bonus dari syarikat RM40,000. Bukan senang nak dapat. Penat lelah dia Allah je yang tahu.
Banyak ke sikit RM40 ribu ni???
Jika korang bertuah macam Tiara, nak gunakan RM40 ribu itu untuk bercuti satu dunia tak?
Atau nak labur dan kembangkan duit RM40 ribu tu jadi berpuluh ribu lagi?
1. Situasi Pertama – Pergi travel
Dengan duit RM40 ribu, Tiara merancang untuk pusing satu dunia setiap bulan dalam tempoh setahun.
Bulan ni pergi Korea, bulan depan pergi Australia, bulan lain pergi Turki, kemudian pergi Maldives.
Sayang kalau tak guna duit tu untuk travel.
Biar habis RM40 ribu, tapi dapat pengalaman tengok negara orang yang sangat berharga.
2. Situasi Kedua – Kembangkan
Dengan duit RM40 ribu, Tiara buat rileks dan bertenang.
Tiara mula baca buku ilmu kewangan dan pelaburan. Asal ada seminar pasal topik pelaburan je dia pergi.
Dengan ilmu dan modal yang ada, dia ambil langkah untuk masuk ke pasaran saham Bursa Malaysia.
Selepas melabur RM5 ribu dalam buku dan kelas, beliau mula bertindak untuk gunakan duit yang berbaki RM35 ribu.
Sebahagian modal digunakan untuk beli saham untuk diperam. Sebahagian lagi digunakan untuk dapat untung jangka masa pendek.
Ada bulan baik, Tiara untung sampai 20% sebulan. Ada bulan yang tak berapa baik, Tiara rugi sampai 20% sebulan, maklumlah dalam saham ini rugi itu pasti, tapi….
Berkat ilmu yang ada, risiko untuk rugi berjaya dikurangkan. Kalau rugi pun semakin jarang dan semakin sikit.
Sedikit demi sedikit, modal tadi semakin bertambah.
Daripada RM40 ribu tadi, RM5 ribu dihabiskan untuk upgrade ilmu.
Hasilnya, modal RM35 ribu tadi dah menjadi RM45 ribu dalam masa setahun. Kiranya ROI sebanyak 28.6% setahun.
Banyak ke 28.6% setahun dalam saham? Nak buat 25% sebulan pun boleh, janji ada ilmunya. Kalau tak ada ilmu nanti rugi 25%. Tapi walau rugi masih tak jatuh miskin sebab Tiara guna modal dari duit lebihan.
Ilmu bertambah, duit pun bertambah.
Bila duit bertambah, boleh belanja untuk pergi travel.