Sebaik Baik Manusia Adalah Yang Paling Bermanfaat Bagi Orang Lain

Inspirasi Zakat Dari Tuan Haji Ahmad Shukri

Inspirasi Zakat Dari Tuan Haji Ahmad Shukri

Tuan Haji Ahmad Shukri Yusoff merupakan seorang Ketua Pegawai Eksekutif Pusat Pungutan Zakat Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (PPZ-MAIWP).  Beliau banyak berkongsi panduan bagi pelabur dan membimbing mereka dalam menunaikan zakat saham. Kebanyakan pelabur masih kurang jelas akan cara mengeluarkan zakat saham. Jom ikuti perkongsian dari Tuan Haji Ahmad Shukri

Zakat Saham Bagi Pelabur

 

Mengeluarkan zakat bagi para pelabur juga dituntut sebagai mana mereka yang lain mengeluarkan zakat. Dalam usaha bergiat mendidik masyarakat mengeluarkan zakat, ia tidak hanya tertakluk kepada cara tradisional seperti ke masjid, forum, pejabat dan lain-lain, tetapi terdapat beberapa agensi pelaburan yang turut bekerjasama dalam menyampaikan maklumat dan panduan. Salah satunya adalah Asri Ahmad Academy.

 
Manfaat Zakat Saham

 

Zakat saham atau pelaburan pastinya mempunyai kelebihan dan manfaat bagi seluruh masyarakat, agama dan negara.  Seperti yang kita tahu, pelaburan saham adalah salah satu sumber kekayaan di dunia ini.

Dengan hasil pelaburan saham, orang miskin dan fakir akan dibantu dan diberi manfaat. Zakat saham menjadi salah satu sumber yang digunakan untuk membantu asnaf dalam sektor pembahagian zakat. Untuk pengatahuan anda, terdapat lebih daripada 20 skim saham yang terlibat dalam pengurusan zakat di Malaysia.

Tahukah anda, kekayaan adalah sesuatu yang dituntut dalam Islam? Melalui pelaburan, segala keuntungan dan hasil anda zakatkan akan memberi banyak manfaat. Antaranya adalah anda akan menerima rebat zakat dan cukai mengikut jumlah zakat yang dibayar. 

Selain itu, khairat kematian disediakan kepada pelabur yang membayar zakat dimana waris mereka akan menerima sejumlah RM 3,000 tunai sebagai bantuan.

 
Cara Buat Zakat Saham

 

Anda boleh membuat bayaran zakat melalui PPZ atau pihak berkuasa yang terlibat.  Selain itu, pelabur boleh membayar zakat melalui online atau cawangan.

Lebih mudah lagi jika melakukan secara atas talian kerana anda secara automatik boleh akses kepada pembayaran, pengiraan dan juga mendapatkan resit original sesuai untuk rujukan syarikat, LHDN dan lain-lain lagi. Untuk pengetahuan anda, potongan zakat yang dilakukan adalah 2.5% sahaja.

Kesimpulannya,

Saham adalah perniagaan dan bukanlah semata-mata naik turun harga keuntungan hasil jual beli.  Allah memberi kemusnahan kepada mereka yang tidak membayar zakat manakala memberi keuntungan dan keselamatan kepada mereka yang membayar zakat. Lebih banyak memberi, lebih banyak menerima keuntungan yang mungkin juga adalah dari segi keberkatan, kesihatan dan kebaikan yang lain.

Nak belajar kembangkan duit anda melalui pelaburan saham yang sah & patuh syariah?

Ribuan Telah Hadir Belajar!

90966 +
Peserta telah hadir belajar sejak tahun 2011

Program Eksklusif Yang Diiktiraf Oleh

 

Tawaran pembukaan akaun saham (CDS) secara PERCUMA tajaan bersama RHB Investment Bank. Khas untuk anda yang hadir ke Seminar Labur Saham

WhatsApp WhatsApp Kami