Sebaik Baik Manusia Adalah Yang Paling Bermanfaat Bagi Orang Lain

Notis Amaran

ASRI AHMAD ACADEMY SDN BHD (“AAA”) ingin memberi amaran kepada orang awam bahawa terdapat beberapa pihak yang tidak bertanggungjawab membuat pengakuan mewakili AAA dan pengasas AAA, Datuk Haji Mohd Asri Bin Haji Ahmad untuk menerima bayaran atau yuran berkaitan kursus-kursus atau acara-acara yang dianjurkan oleh AAA.

SILA AMBIL PERHATIAN bahawa pihak AAA dan Datuk Haji Mohd Asri Bin Haji Ahmad tidak pernah melantik mana-mana pihak ketiga untuk menerima bagi pihak mereka sebarang bayaran atau yuran untuk menghadiri kursus-kursus atau acara-acara anjuran AAA. Segala pembayaran untuk menghadiri kursus-kursus atau acara-acara yang dianjurkan oleh AAA perlu dibayar secara terus kepada AKAUN SYARIKAT AAA.

Orang awam dinasihatkan untuk melaporkan kepada pihak polis atau AAA sekiranya terdapat mana-mana pihak ketiga yang menjalankan kegiatan di atas dengan menggunakan atau mengaitkan nama AAA atau Datuk Haji Mohd Asri Bin Hji Ahmad dengan kegiatan mereka.

Pihak AAA dan Datuk Haji Mohd Asri Bin Haji Ahmad tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerugian, kewangan atau sebagainya, sekiranya orang awam bertindak atas permintaan mana-mana pihak ketiga tersebut.

Sekian.

Daripada,
Pengurusan ASRI AHMAD ACADEMY SDN BHD.

WhatsApp WhatsApp Kami