Peranan Majlis Penasihat Syariah Suruhanjaya Sekuriti Malaysia Dalam Masyarakat
Pelaburan saham sememangnya datang dari pelbagai sumber namun sumber-sumber tersebut dipantau atau diperiksa oleh Majlis Penasihat Syariah (MPS). Temuramah antara Tuan Haji Mohd Asri bersama Datuk Dr. Mohd Daud Bakar iaitu Pengerusi Majlis Penasihat Syariah, Suruhanjaya Sekuriti Malaysia memberi pengetahuan yang lebih terperinci buat kita.
Peranan Majlis Penasihat Syariah Sekuriti Malaysia
Majlis Penasihat Syariah yang ditubuhkan pada tahun 1997 di bawah Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) berperanan membantu SC mengenalpasti produk-produk pasaran modal yang patuh syariah dari segala aspek. Antaranya adalah mengenai insurans konvensional, saham dan sebagainya. Ia juga bertindak sebagai penasihat dalam hal yang berkaitan dengan pasaran modal Islam dan juga sebagai sumber rujukan.
Peranan Suruhanjaya Sekuriti Malaysia
Suruhanjaya Sekuriti Malaysia merupakan sebuah badan penyelia yang bekerjasama dengan Bank Negara dalam memastikan produk-produk pasaran modal ini patuh syariah dan undang-undang. Selain itu, ia juga bertindak mengawal semua perkara yang berkaitan dengan syarikat, sekuriti, bursa, mengawal perilaku individu berlesen dan sebagainya. Dalam masyarakat pula ia membantu agar orang ramai tidak tertipu dengan mana-mana agensi yang tidak patuh dengan undang-undang yang ada.
Kriteria Majlis Penasihat Syariah Mengenalpasti Produk Pasaran Modal Yang Patuh Syariah
MPS akan mengenalpasti produk-produk pasaran modal yang patuh syariah berdasarkan dari segi aktiviti perniagaan yang dijalankan. Aktiviti yang melanggar syariah adalah dari segi riba, perjudian, rumah urut, penjualan arak, makanan dan minuman tidak halal. Selain itu, produk pasaran modal juga akan dinilai berdasarkan kedudukan kewangan sesuatu produk tersebut. Jika mereka memberi pinjaman dengan kadar yang melebihi yang telah ditetapkan ianya akan dianggap sebagai tidak patuh syariah. Untuk memperkuatkan lagi patuh syariah, mereka juga tidak boleh melabur dengan mana-mana pihak yang tidak mematuhi syariah. Akhir sekali, mereka juga tidak boleh memiliki atau mempunyai anak syarikat yang tidak mematuhi syariah walaupun mereka mematuhi syariah.
Instrument Pasaran Pelaburan Dikawal Oleh SC Dan MPS
Untuk pengetahuan anda, antara instrument yang dikawal rapi adalah dari segi bon, saham, amanah dan segala yang berkaitan dengan pasaran modal. Ia akan dikaji dan dinilai supaya patuh syariah. Itulah dia peranan Majlis Penasihat Syariah Suruhanjaya Sekuriti Malaysia harus anda ketahui. Sebagai sebuah badan yang berwibawa, MPS juga mengambil data menggunakan prosedur yang sah dan halal di sisi undang-undang.
Nak belajar kembangkan duit anda melalui pelaburan saham yang sah & patuh syariah?
Ribuan Telah Hadir Belajar!
Peserta telah hadir belajar sejak tahun 2011
Program Eksklusif Yang Diiktiraf Oleh
